Ads

Sunday, 18 March 2012

Bawal is BACK!!

Satu masa dulu tudung bawal ni memang cukup famous bagi kaum Hawa ni tak mengira peringkat usia. Siap ada yang berbatu-batu lah, bersulam keliling, sulam mahkota, dan macam2 lagi jenis tudung bawal yang jadi kegilaan semua. Lepas tu, muncul pulak style-style baru macam tudung wardina, tudung mawi, shawls, tudung yuna, tak lupa juga tudung instant yang pakai sarung je tu. Masa gaya-gaya baru ni terkenal, hampir semua dah lupakan tudung bawal. 

Tapi sekarang, tudung bawal is BACK!!! Siap trending kat Twitter lagi taw. Tak percaya tengok kat bawah ni. 

siap screenshot nak tunjuk bukti


Yang bestnya tudung bawal ni sebab nampak simple je kan. And senang sangat nak pakai. Bukan sebab simple je orang suka, pilihan warna tudung bawal yang baru ni boleh buat rambang mata nak memilih! Kami yang nak order kat supplier ni pun pening kepala tahu! Sebab semuanya cantik-cantik belakaaaaa...

Liyana Jasmay pun ada pakai tudung bawal 2 tone dalam lakonan dia. Tapi maybe sebab artis ni jarang pakai, so tudung tak betul pun main belasah je. Ooopssss! Hihi. Cuba kalau kita-kita ni ha. Kalau boleh tudung tak boleh terusik sikit pun. Memang nak nampak perfect je elok terletak atas kepala. Ok meh tengok gambar Liyana Jasmay pakai tudung bawal. Comel gituuuu. 

pic taken from Google


No comments:

Post a Comment

komen ikhlas dari hati..